Sunday, July 13, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum.
Esok genap seminggu SummerSunshine 2008 melabuhkan tirainya. Rasa macam baru je lagi... Apa-apa pun semoga semua yang terlibat berpuas hati dengan program yang telah kita sama-sama jayakan ini. Saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama para fasilitator dan penceramah yang bertungkus-lumus menjayakan kem motivasi SMK Felda Chini Timur. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

p/s: jangan lupa ye, poskan surat aku janji padi minggu terakhir ogos ni.



Terima Kasih!
Faiz Fauzi

Thursday, July 10, 2008

Matahari Musim Panas



(Summer Sunshine 2008, Felda Chini Timur)

Kita hanya mengimpikan suam matahari musim panas
dalam lambaian angin kawasan pedalaman
sewaktu kita berkumpul dan membilang butiran pasir –
pergerakan hari serta saat-saat sukacita,
penjelajahan ke tempat yang jauh,
buat satu acara untuk memungut pengalaman
dan menyemai bakti seberapa upaya.

Hari-hari yang memberikan imbauan pun berlalu
meninggalkan titisan embun yang berlinangan
dalam kejernihannya ada beberapa lipatan memori –
segugus gelak tawa bersama keluarga angkat, barangkali
tertumpah dalam kesunyian Tasik Chini,
segumpal gurau dengan pelajar-pelajar sekolah
di sebalik mata mereka tersemat sejuta harapan,
beberapa siri perlawanan futsal
memenatkan tubuh tetapi bukan tekad yang cekal,
sepinggan nasi dan lauk, bersama acar serta ulam
kini rasanya masih berbekas di bibir
yang mengucapkan kata dan mengikrarkan kekuatan.

Setelah pemergian kita dari kawasan yang jauh ini
sinaran suria akan tetap suam dan memberi makna
kerana titisan embun yang di dalamnya nostalgia tersimpan
sepanjang musim, akan mengalir dalam hati yang teguh mengingati,
dan pada wajah-wajah yang melambai sewaktu menghantar kita pulang
di dasar jiwa mereka, di samping kemurnian sebuah doa
ada tertulis beberapa patah perkataan yang penuh berharap:
‘kembalilah suatu hari nanti’.


Rifhan Rasuli
Julai 2008

Wednesday, June 25, 2008

Good luck to Summer Sunshine


Pejam celik, rupanya tinggal berapa hari lagi je program Summer Sunshine di Chini dah nak start. Lagi berapa hari je dah nak 3hb Julai. Semua AJK tengah bertungkus-lumus dengan kerja masing-masing. And yang pasti paling nervous, mestilah Rifhan and Kak syud sebab dia orang tulang belakang projek ni.

Macam-macam yang dirisaukan sekarang. Pasal jumlah peserta, wang sponsor (saya la risau), peralatan yang nak dibeli, macam-macam lagilah.

Tapi dengarnya, pengangkutan peserta dah selesai. Penginapan pun rasanya dah selesai and more importantly, Rifhan dah settlekan hal program motivasi lepas berbincang dengan kaunselor sekolah di Chini tu.

Masing-masing tengah cuba mengurus department masing-masing dengan kalut dan dedikasi. Syabas dan diharapkan program Summer Sunshine ni nanti akan berjalan dengan lancar. Tapi macam biasalah, setiap aktiviti, mesti ada sedikit masalah paling tidak pun.

Apapun, diharapkan masalah yang timbul harapnya dapat diselesaikan. Amin.

p/s: Lupa pulak. Bagi sesiapa pelajar oversea yang balik bercuti dan berminat untuk join program homestay Summer Sunshine ni, bolehlah mendaftarkan nama dan no telefon ke emel (summersunshine2008@yahoo.co.uk

Thursday, May 22, 2008

Dari Meja AJK Aktiviti dan Modul

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jawatankuasa Aktiviti dan Modul SummerSunshine mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara/saudari yang telah pun mendaftar sebagai perserta SS08. Kepada pengunjung setia blog ini, entry kali ini bertujuan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang aktiviti dan program-program yang bakal dimuatkan dalam SS08 ini.

Sebagai makluman, program SummerSunshine ini dianjurkan sebagai suatu platform untuk penuntut-penuntut Malaysia di luar Negara berbakti kepada masyakarat semasa cuti musim panas. Program ini terbuka kepada semua penuntut yang belajar di luar Negara dan berkesempatan untuk menyertai program ini (walaupun tidak bercuti musim panas seperti pelajar di Korea, Jepun, Indonesia dll).

SS08 adalah program dua hala yang membuka ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi pengalaman semasa berada di luar Negara dengan masyarakat desa. Salah satu komponen dalam SS08 ialah program Homestay yang menjanjikan pengalaman baru bagi peserta-peserta yang belum pernah merasai kehidupan di FELDA. Disamping itu, aktiviti-aktiviti lain seperti Seminar Motivasi dan Gotong-royong juga turut dimuatkan dalam SS08. Jadi, secara ringkasnya, program ini nanti bukanlah semata-mata Homestay, tetapi peserta juga akan terlibat dalam kerja-kerja amal lain yang melibat interaksi dengan penduduk setempat.

Setakat ini jawatankuasa aktiviti dan modul masih merangka aktiviti-aktiviti yang akan dimuatkan secara terperinci (tergendala seketika kerana demam final exam). Walau apa pun, kami telah menyusun beberapa aktiviti menarik sepanjang SS08 dan masih dalam proses mendapatkan kelulusan pihak atasan FELDA. Bagi membantu anda mendapat gambaran jelas tentang aktiviti-aktiviti dalam SS08 ini, saya sertakan plan aktiviti tersebut:


RANGKA PROGRAM*

Khamis (3 Julai 2008)

Petang
Ketibaan peserta / fasilitator di Felda Chini Timur 3
Agihan rumah homestay

Malam
Bersama keluarga angkat/ suai kenal

---------------------------------------
Jumaat (4 Julai 2008)

Pagi
Upacara Perasmian Pembukaan

Petang
Kem Motivasi

Malam
Bersama keluarga angkat

---------------------------------------
Sabtu

Pagi
Sambungan Kem Motivasi

Petang
Liga Futsal (lelaki) / Permainan tradisional (wanita)

Malam
Bersama keluarga angkat

---------------------------------------
Ahad (6 Julai 2008)
Pagi
Gotong-royong

Petang
Memasak/persiapan jamuan makan malam

Malam
Jamuan makan malam

---------------------------------------
Isnin (7 Julai 2008)

Pagi
Lawatan ke ladang kelapa sawit

Petang
Sepetang bersama penduduk FELDA Chini Timur 3
Upacara Perasmian Penutup

Malam
Bersama keluarga angkat

---------------------------------------
Selasa (8 Julai 2008)
Pagi
Bertolak pulang


*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan

Muhamad Faiz Fauzi,
Ahli Jawatankuasa Aktiviti dan Modul

Monday, May 19, 2008

SUMMER SUNSHINE 2008

PROGRAM BAKTI SISWA 2008

"BAKTI DISEMAI, ILMU DISAMPAI"


TEMPAT: FELDA CHINI TIMUR (3) PEKAN, PAHANG


TARIKH: 3 - 8 JULAI 2008


ANJURAN: PERSATUAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA IRELAND (PPIMI)


DENGAN KERJASAMA FELDA


PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA!!!


daftar kepada summersunshine2008@yahoo.co.uk

Wednesday, May 14, 2008

Butiran bagi yang berminat

As we discuss hari tu, butiran untuk pendaftaran nya:

AJK pendaftaran - Ume (UCD) dan Dalila (RCSI)

Email pendaftaran -
summersunshine2008@yahoo.co.uk

Bagi mana-mana mahasiswa yang berminat nak join, just hantarkan nama, institusi pengajian dan jurusan pengajian ke emel seperti di atas. InsyaAllah butiran tentang program akan dimaklumkan kemudian memandangkan ramai di kalangan ahli jawatankuasa masih dalam tempoh exam.

Terima kasih.

-yunus-

Tuesday, May 6, 2008

POSTER PROMOSI SUMMER SUNSHINE


Alhamdulillah poster pun dah siap.. Jadi mungkin boleh tolong iklankan pada member-member yang mungkin berminat nak join program summer sunshine ni. Poster akan diedarkan tak lama lagi, dan pada masa yang sama, butiran-butiran tentang program ni akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.

- Yunus -