Thursday, May 22, 2008

Dari Meja AJK Aktiviti dan Modul

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jawatankuasa Aktiviti dan Modul SummerSunshine mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara/saudari yang telah pun mendaftar sebagai perserta SS08. Kepada pengunjung setia blog ini, entry kali ini bertujuan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang aktiviti dan program-program yang bakal dimuatkan dalam SS08 ini.

Sebagai makluman, program SummerSunshine ini dianjurkan sebagai suatu platform untuk penuntut-penuntut Malaysia di luar Negara berbakti kepada masyakarat semasa cuti musim panas. Program ini terbuka kepada semua penuntut yang belajar di luar Negara dan berkesempatan untuk menyertai program ini (walaupun tidak bercuti musim panas seperti pelajar di Korea, Jepun, Indonesia dll).

SS08 adalah program dua hala yang membuka ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi pengalaman semasa berada di luar Negara dengan masyarakat desa. Salah satu komponen dalam SS08 ialah program Homestay yang menjanjikan pengalaman baru bagi peserta-peserta yang belum pernah merasai kehidupan di FELDA. Disamping itu, aktiviti-aktiviti lain seperti Seminar Motivasi dan Gotong-royong juga turut dimuatkan dalam SS08. Jadi, secara ringkasnya, program ini nanti bukanlah semata-mata Homestay, tetapi peserta juga akan terlibat dalam kerja-kerja amal lain yang melibat interaksi dengan penduduk setempat.

Setakat ini jawatankuasa aktiviti dan modul masih merangka aktiviti-aktiviti yang akan dimuatkan secara terperinci (tergendala seketika kerana demam final exam). Walau apa pun, kami telah menyusun beberapa aktiviti menarik sepanjang SS08 dan masih dalam proses mendapatkan kelulusan pihak atasan FELDA. Bagi membantu anda mendapat gambaran jelas tentang aktiviti-aktiviti dalam SS08 ini, saya sertakan plan aktiviti tersebut:


RANGKA PROGRAM*

Khamis (3 Julai 2008)

Petang
Ketibaan peserta / fasilitator di Felda Chini Timur 3
Agihan rumah homestay

Malam
Bersama keluarga angkat/ suai kenal

---------------------------------------
Jumaat (4 Julai 2008)

Pagi
Upacara Perasmian Pembukaan

Petang
Kem Motivasi

Malam
Bersama keluarga angkat

---------------------------------------
Sabtu

Pagi
Sambungan Kem Motivasi

Petang
Liga Futsal (lelaki) / Permainan tradisional (wanita)

Malam
Bersama keluarga angkat

---------------------------------------
Ahad (6 Julai 2008)
Pagi
Gotong-royong

Petang
Memasak/persiapan jamuan makan malam

Malam
Jamuan makan malam

---------------------------------------
Isnin (7 Julai 2008)

Pagi
Lawatan ke ladang kelapa sawit

Petang
Sepetang bersama penduduk FELDA Chini Timur 3
Upacara Perasmian Penutup

Malam
Bersama keluarga angkat

---------------------------------------
Selasa (8 Julai 2008)
Pagi
Bertolak pulang


*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan

Muhamad Faiz Fauzi,
Ahli Jawatankuasa Aktiviti dan Modul

Monday, May 19, 2008

SUMMER SUNSHINE 2008

PROGRAM BAKTI SISWA 2008

"BAKTI DISEMAI, ILMU DISAMPAI"


TEMPAT: FELDA CHINI TIMUR (3) PEKAN, PAHANG


TARIKH: 3 - 8 JULAI 2008


ANJURAN: PERSATUAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA IRELAND (PPIMI)


DENGAN KERJASAMA FELDA


PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA!!!


daftar kepada summersunshine2008@yahoo.co.uk

Wednesday, May 14, 2008

Butiran bagi yang berminat

As we discuss hari tu, butiran untuk pendaftaran nya:

AJK pendaftaran - Ume (UCD) dan Dalila (RCSI)

Email pendaftaran -
summersunshine2008@yahoo.co.uk

Bagi mana-mana mahasiswa yang berminat nak join, just hantarkan nama, institusi pengajian dan jurusan pengajian ke emel seperti di atas. InsyaAllah butiran tentang program akan dimaklumkan kemudian memandangkan ramai di kalangan ahli jawatankuasa masih dalam tempoh exam.

Terima kasih.

-yunus-

Tuesday, May 6, 2008

POSTER PROMOSI SUMMER SUNSHINE


Alhamdulillah poster pun dah siap.. Jadi mungkin boleh tolong iklankan pada member-member yang mungkin berminat nak join program summer sunshine ni. Poster akan diedarkan tak lama lagi, dan pada masa yang sama, butiran-butiran tentang program ni akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.

- Yunus -